Salah
satu nikmat yang paling besar yang dikecapi oleh penduduk syurga ialah
mereka dapat melihat dan menatap wajah Allah Azza Wajalla. Allah
berfirman dalam Surah al Qiamah ayat 22-25
Pada hari akhirat
kelak, muka (orang-orang yang beriman kelihatan) berseri-seri; justeru
mereka dapat menatap wajah Tuhannya. Sebaliknya muka (orang-orng kafir)
serba muram dan pucat hodoh justeru mereka yakin akan menghadapi seksaan
yang berat dan dahsyat. Namun bagi orang yang bernasib malang mereka
tidak akan dapat masuk syurga dan menatap wajah Allah. Golongan yang
tidak akan dapat menatap wajah Allah yang mulia ialah :
1.
Orang yang menjual janji setianya dengan Allah dengan harga yang tidak
seberapa daripada habuan duniawi yang fana ini.(Orang bersumpah palsu)
Allah berfirman :
Sesungguhnya orang-orang yang mengutamakan
keuntungan dunia yang sedikit dengan menolak janji Allah dan mencabuli
sumpah mereka, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari
akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan
memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan
mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak
terperi sakitnya.
2. Pemerintah yang menjauhkan diri dari suka
duka rakyat, tidak peduli kepada penderitaan mereka dan tidak kesihan
terhadap kemiskinan dan keperitan hidup yang dihadapi oleh mereka.
Abu Mariam al Azadi R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda
:“ Siapa yang memikul apa-apa jawatan atau tugas menguruskan orag Islam
namun dia gagal memenuhi tanggongjawab dan dia mengelak daripada
menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaan
umat Islam nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya
pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang
mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.”
Hadith Sahih riwayat Abu Daud dan dianggap berstatus sahih oleh al Albani.
3. Orang Tua yang Berzina
Abu Hurairah R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah
bersabda:“Tiga orang yang Allah enggan bercakap-cakap dengan mereka pada
hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak
akan membersihkan mereka daripada dosa (dan noda) . Untuk mereka
disiapkan seksa yang sangat pedih. (Mereka ialah ): Orang tua yang
berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takabbur.”
Hadith ditakhrijkan oleh Muslim.
4. Pemerintah Atau Kerajaan Yang Suka Berbohong (Dusta)
5. Orang miskin yang takabbur
6. Orang yang tak sudi menolong walau dengan mengajukan seteguk air.
Dalam Hadith riwayat Abu Hurairah ada disebutkan prasa berikut: ..
orang yang enggan memberi lebihan air minum (yang dia miliki kepada
orang yang keputusan air minum). Sehingga Allah bersabda : Pada hari ini
Aku akan menghalangmu daripada mendapat lebihan kurniaKu, persis
sepertimana kamu menghalang orang lain daripada mendapat kurniaan yang
bukan tangan kamu yang menciptanya.
7. Pembai’ah dan pengundi pemimpin kerana kebendaan
Dalam hadith riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah pernah
bersabda”Tiga orang Allah tidak akan bercakap cakap dengannya pada hari
kiamat kelak. Malah Allah tidak akan menoleh (memandang) kepadanya,
Allah tidak akan menyucikan dirinya (daripada dosa) . Sebaliknya
disediakan untuknya seksa yang sangat pedih. Pertama; orang yang
mempunyai bekalan air yang banyak di suatu kawasan lapang atau sahara
tapi ia enggan untuk memberi minum ”Ibnu al Sabil” para musafir (yang
kehabisan bekalan minuman ). Kedua; orang yang menawar untuk membeli
barangan selepas asar dengan bersumpah atas nama Allah; bahawa dia akan
membeli atau mengambil barang itu dengan harga tertentu.Janjinya itu
dipercayai benar oleh penjual. Pada hal dia sebenarnya langsung tidak
berniat untuk membelinya . Ketiga; orang membai’ah pemimpin (mengundi
dan memilih atau melantik pemimpin) semata-mata kerana perhitungan
keduniaan (kebendaan). Kalau orang yang dipilihnya itu memberikan janji
habuannya maka barulah dia akan menunaikan kewajibannya. Kalau tidak ia
akan bersikap enggan (atau ingkar).” (Hadith Muttafaqun ’alaihi)
8. Penderhaka Ibu Bapa
Rasulullah bersabda:
Abdullah Bin Omar R.A. meriawayatkan bahawa Rasulullah pernah
bersabda:“Tiga orang Allah tidak akan sudi memandang wajah mereka pada
hari kiamat kelak: Penderhaka kepada dua ibu bapanya, wanita yang
berlagak lelaki yang meniru kaum jantan dan golongan orang Daiyuth.
Hadith sahih ditakhrijkan oleh Ahmad dan Nasaii
9. Wanita yang berlagak seperti lelaki (Tomboy)
10. Orang Lelaki yang Days
Suami atau bapa yang tidak lagi mempunyai rasa cemburu dan maruah diri
sehingga membiarkan isteri berjahat dengan orang lain tanpa rasa cemburu
dan marahApabila perasaan cemburu yang positif ini sudah tidak ada lagi
dalam diri seseorang ; maka tidak ada usaha untuk menentang kemungkaran
terhadap maruah keluarga atau diri sendiri. Dengan itu kejahatan akan
bermerajalela.
11.Pengamal Budaya Kaum Luth
Ibnu Abbas
meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : Allah tidak akan sudi
memandang wajah orang yang menyetubuhi lelaki atau mendatangi isterinya
di duburnya. Hadith sahih ditakhrijkan oleh al Turmuzi
12. Pengamal Seks Abnormal
Golongan ini termasuk kalangan yang bernafsu terhadap binatang dan tergamak melakukan hubungan jenis dengan binatang .
13.. ”Al-Mannan” atau pemberi yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya; baik lelaki mahupun perempuan.
Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “ Tiga orang Allah
tidak akan bercakap-cakap dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan
mereka daripada dosa (dan noda) malah disiapkan untuk mereka seksa yang
sangat pedih. Baginda mengulang prasa itu tiga kali. Lalu (kata Abu Zar)
aku pun menambah, malang , kecewa dan rugilah mereka ; siapakah mereka
itu wahai Rasulullah?. Beginda menjawab al Mannan atau orang yang suka
mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang melariskan barang jualannya
dengan sumpah (palsu) dan orang suka melabuhkan pakaiannya (
kerana-menunjuk-nunjukan kekayaan ).Hadith di takhrijkan oleh Muslim
14. Orang suka menunjuk-nunjuk kekayaan dengan pakaian labuh menyapu tanah dan berjalan di muka bumi dengan angkuh atau
“Orang melabuh-labuhkan pakaian (menunjuk-nunjuk kekayaan dengan sikap
boros) yang berjalan dengan cara bermegah-megah dengan diri sendiri.”
15. Penjual yang melariskan barang jualannya dengan cara berdusta dan membohong
Abu Zar meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :Tiga orang Allah tidak
akan bertutur kata dengan mereka. Allah tidak akan membersihkan mereka
dan untuk mereka disediakan azab yang sangat dahsyat… penjual yang
melariskan barang jualannya dengan sumpah palsu.
16.Isteri yang tidak berterima kasih terhadap suami
Abdullah Bin Omar R.A. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. pernah
bersabda: “Bahwa Allah tidak akan memandang muka isteri yang tidak
berterima kasih (kufur nikmat) kepada suaminya. Pada hal dia sendiri
tidak boleh tidak memerlukan kepada suaminya itu.”
sumber: akhiyy.com
RonnySpy
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
0 komentar:
Posting Komentar