AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA (1/6)
Bismillah,
Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala
Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Menurut kamus Lisan al-'Arab, azan dari segi bahasa bererti
pemberitahuan (al-i'lam). (Lisan al-'Arab: 13/9) Sebagaimana firman Allah
Subhanahu wa Ta'ala yang tafsirnya :
"Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat
manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya
Allah dan RasulNya berlepas diri daripada tanggungjawab terhadap orang-orang
musyrik".
(Surah at-Taubah: 3)
Sementara azan dari segi syara' pula bererti zikir yang ditentukan
untuk pemberitahuan sembahyang fardhu lima waktu.
Menurut kamus Lisan al-Arab, iqamah pula dari segi bahasa adalah
merupakan mashdar kepada kalimah aqama iaitu mendirikan. (Lisan al-'Arab:
12/498) Pada syara' pula bererti zikir yang ditentukan untuk mendirikan
sembahyang. (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 1/460)
SEJARAH DISYARIATKAN AZAN DAN IQAMAH
Adapun sejarah disyariatkan azan dan iqamah itu bermula di Madinah
pada tahun pertama hijrah. (Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah: 2/358) Sebagaimana
disebutkan dalam hadis daripada 'Abdullah bin 'Umar katanya yang bermaksud :
"Semasa orang-orang Islam sampai di Madinah, mereka berkumpul
lalu memperkirakan waktu sembahyang dan tidak ada seorang pun yang menyerukan
untuk sembahyang. Pada suatu hari mereka pun membincangkan hal itu.
Berkata sebahagian mereka: "Ambillah naqus (loceng) seperti
naqus orang-orang Nasrani (Kristian)."
Berkata sebahagian yang lain pula: "(Ambillah) trompet
seperti trompet oran-orang Yahudi."
Lalu berkata 'Umar: "Tidakkah kamu melantik seorang lelaki
untuk menyerukan sembahyang?"
Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Wahai
Bilal, berdirilah dan serulah untuk sembahyang."
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis yang lain daripada 'Abdullah bin Zaid katanya yang
bermaksud :
"Ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan
untuk menggunakan naqus (loceng) untuk dipalu bagi mengumpulkan orang ramai
untuk mendirikan sembahyang jemaah, dalam tidurku (mimpi) seorang lelaki
berjalan mengelilingiku sedang membawa di tangannya naqus. Lalu aku berkata:
"Wahai hamba Allah, adakah kamu jual naqus itu?"
Dia berkata: "Apa yang akan engkau buat dengannya (naqus)?
Aku berkata: "Dengan naqus itu kami menyeru kepada
sembahyang."
Dia berkata: "Mahukah kamu aku tunjukkan yang lebih baik dari
itu?"
Aku berkata: "Ya."
Berkata periwayat (orang yang mimpi): "Dia (lelaki yang
dimimpikan) berkata: "Engkau ucapkan: "Allah Maha Besar, Allah Maha
Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, saya
mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, marilah mendirikan sembahyang,
marilah mendirikan sembahyang, marilah menuju kemenangan, marilah menuju
kemenangan, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah."
('Abdullah bin Zaid) berkata: "Kemudian lelaki itu berundur
sedikit.
Lalu lelaki itu berkata: "Jika engkau menyerukan iqamah
sembahyang engkau ucapkan: "Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Saya
mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, marilah mendirikan sembahyang, marilah menuju
kemenangan, sesungguhnya sembahyang telah didirikan, sesungguhnya sembahyang
telah didirikan, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah."
Pada pagi esoknya aku datang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi
wasallam memberitahu mengenai dengan mimpiku itu.
Baginda bersabda: "Sesungguhnya mimpimu itu benar insya
Allah, berdirilah engkau bersama Bilal dan ajarkan padanya apa yang engkau
mimpikan itu. Hendaklah Bilal azan dengan apa yang diajarkan kepadanya itu,
kerana suaranya lebih bagus dan tinggi daripada engkau." Maka aku berdiri
bersama Bilal lalu aku ajarkan dia dan dia azan dengan apa yang aku ajarkan
itu.
('Abdullah bin Zaid) berkata: "Maka terdengarlah azan itu
oleh 'Umar bin al-Khattab, sedang dia dirumahnya. Lalu dia keluar dengan
bergegas menyeret selendang di belakangnya dan berkata: "Demi yang telah
mengutusmu dengan benar wahai Rasulullah, sesungguhnya aku bermimpi sepertimana
yang dimimpikan olehnya (Àbdullah bin Zaid)."
Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Segala
puji bagi Allah."
(Hadis riwayat Abu Daud)
LAFAZ-LAFAZ AZAN DAN IQAMAH
Menurut al-Qadhi 'Iyadh, kalimah-kalimah azan itu mencakupi aqidah
keimanan, baik dari segi 'aqliat dan sam'iyat. Dimulai dengan mensabitkan zat
Allah Subhanahu wa Ta'ala dan apa yang berhak bagiNya daripada sifat
kesempurnaan, iaitu bererti Allah Maha
Besar daripada setiap sesuatu. Kemudian pengakuan terhadap keesaan Allah dan
pengakuan terhadap kerasulan Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam,
iaitu dan . Kemudian diikuti dengan
mengajak kepada sembahyang dan kejayaan, iaitu
bererti dekatilah oleh kamu sembahyang dan janganlah malas. bererti
dekatilah oleh kamu akan sebab kemenangan iaitu sembahyang untuk mengkecapi
nikmat yang berkekalan. Di dalam seruan itu juga adalah pemberitahuan mengenai
perkara-perkara hari akhirat daripada hari kebangkitan dan pembalasan. Kemudian
diulangi lagi selepas itu dengan takbir dan disudahi dengan kalimah tauhid.
(I'anah ath-Thalibin: 1/367, al-Majmu': 3/81)
Azan itu mempunyai sembilan belas ungkapan termasuk dengan tarji',
jika tidak termasuk dengan tarji' menjadilah ia lima belas ungkapan, iaitu:
1.
(Allah Maha Besar) empat kali
2.
(Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah)
dua kali.
3.
(Saya mengaku bahawa Muhammad pesuruh Allah) dua kali.
4.
(Marilah mendirikan sembahyang) dua kali.
5.
(Marilah menuju kemenangan) dua kali.
6.
(Allah Maha Besar) dua kali.
7.
(Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah) sekali.
Sementara iqamah pula mengandungi sebelas ungkapan iaitu:
1. dua kali.
2. sekali.
3. sekali.
4. sekali.
5. sekali.
6. dua kali.
7. dua kali.
8. sekali. (Al-Majmu': 3/98-101)
Tarji'
Apa yang dimaksudkan dengan tarji' itu ialah melafazkan dua
kalimah syahadah sebanyak dua kali dengan suara yang rendah sekira-kira
didengar oleh orang yang berhampiran dengannya. Tarji' itu dilafazkan sebelum
menyerukan dua kalimah syahadah dengan suara yang nyaring. Hukum melafazkan
tarji' itu adalah sunat dan azan itu tetap sah walaupun ia tidak dilafazkan di
dalam azan. (I'anah ath-Thalibin: 1/379) Ini adalah mengikut ajaran Nabi
Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam ketika ditanya oleh Abu Mahdzurah
mengenai azan:
Maksudnya: "Saya berkata: "Wahai Rasulullah! Ajarkan aku
cara-cara azan." Kata (Abu Mahdzurah): "Maka Baginda menyapu
ubun-ubun kepalaku."
Baginda bersabda: "Kamu ucapkan: "Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dengan suaramu yang
tinggi.
Kemudian kamu ucapkan: "Saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
melainkan Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, saya
mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, dengan suaramu yang rendah.
Kemudian tinggikan suaramu ketika menyerukan syahadah: "Saya
mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa
tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad
itu pesuruh Allah, saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, marilah
mendirikan sembahyang, marilah mendirikan sembahyang, marilah menuju kemenangan,
marilah menuju kemenangan.
Jika azan sembahyang subuh, awak ucapkan: "Sembahyang itu
lebih baik daripada tidur, sembahyang itu lebih baik daripada tidur, Allah Maha
Besar, Allah Maha Besar, tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah."
AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA (2/6)
Bismillah,
Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala
Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Tatswib Dalam Azan Subuh
Tatswib ialah
menyerukan sebanyak dua kali selepas
menyerukan hai'alatan dan
Tatswib ini sunat
dilafazkan ketika kedua-dua azan subuh sahaja (sebelum dan ketika fajar) -
berlainan dengan amalan orang-orang Mekkah sebagaimana penjelasannya akan
datang - dan makruh jika dilafazkan tatswib itu pada selain waktu subuh.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda
yang maksudnya :
"Barangsiapa yang
mengada-adakan perkara baru (bid'ah) di dalam urusan agama kita ini (agama
Islam) yang tidak ada padanya (sandaran daripada al-Qur'an dan sunnah) maka
ianya itu ditolak (bathil)."
(Hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
Tatswib dikhususkan pada
azan subuh supaya menyedarkan orang yang tidur daripada malas mengerjakan
sembahyang. Adapun mengikut kebiasaan orang-orang Mekkah, tatswib itu hanya
dikhususkan pada azan yang kedua iaitu selepas terbit fajar bagi membezakan
antaranya dengan azan yang pertama (sebelum terbit fajar). (Al-Majmu': 3/105
dan I'anah ath-Thalibin: 1/378-379)
Hukum Azan Dan Iqamah
Kerana Sembahyang
Azan dan iqamah kerana
sembahyang itu hanya disyariatkan untuk sembahyang-sembahyang fardhu sahaja
iaitu sembahyang lima waktu.
Hukum azan dan iqamah
menurut pendapat yang ashah adalah sunat, sunat 'ain bagi sembahyang
perseorangan dan sunat kifayah bagi sembahyang jemaah. Sepertimana sunat
membaca bismillah ketika hendak makan dan ketika hendak melakukan persetubuhan,
sunat kifayah melakukan korban bagi ahli rumah, memberi salam, mendoakan orang
yang bersin dan apa yang dilakukan daripada perkara-perkara sunat terhadap
mayat. (I'anah ath-Thalibin: 1/367)
Manakala
sembahyang-sembahyang yang lain adalah tidak disunatkan azan dan iqamah sama
ada sembahyang sunat yang disunatkan berjemaah seperti sembahyang 'aidilfitri,
'aidiladha, gerhana matahari atau bulan dan sembahyang meminta hujan, ataupun
tidak disunatkan pada sembahyang itu berjemaah seperti sembahyang dhuha dan
sebagainya. Selain daripada itu azan dan iqamah juga tidak disunatkan bagi
sembahyang nazar dan jenazah. (Al-Majmu': 3/83)
Syarat-Syarat Azan Dan
Iqamah
Terdapat beberapa perkara
yang disyaratkan di dalam azan dan iqamah, iaitu:
1. Tertib. Hendaklah azan
dan iqamah itu dilaungkan dengan mengikut susunan ungkapannya sebagaimana yang
diajarkan di dalam hadis-hadis Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam. Jika
dilaungkan azan dan iqamah itu tidak menurut tertib, maka ianya boleh membawa
kepada mempermain-mainkan dan hilang dasarnya sebagai al-i'lam (pemberitahuan).
Adapun jika tertinggal
sebahagian kalimahnya, maka hendaklah dia kembali kepada yang tertinggal itu
dan mengulangi semula yang selepasnya. Sebagai contoh, jika tertinggal sedang dia sudah melaungkan , maka hendaklah
dia melaungkan kembali yang tertinggal itu dan mengulangi semula yang telah
dilaungkannya iaitu . Namun jika dia mengulangi semula semuanya, itulah yang
lebih baik. (Al-Majmu':3/121, I'anah ath-Thalibin: 1/376-377 dan Mughni
al-Muhtaj: 1/191)
2. Berturut-turut.
Hendaklah ungkapan-ungkapan azan dan iqamah itu dilaungkan secara
berturut-turut. Jika diselangi antara ungkapan-ungkapan azan atau iqamah itu
dengan percakapan atau diam yang lama, walaupun disebabkan terlupa adalah batal
azan atau iqamah tersebut kerana hilang dasarnya sebagai al-i'lam.
Adapun diam sekejap atau
diselangi antara kalimah-kalimahnya itu dengan percakapan yang pendek, tidaklah
batal azan atau iqamah tersebut. Ini kerana Nabi Shallallahu 'alahi wasallam
pernah berkata-kata ketika Baginda berkhutbah, oleh yang demikian berkata-kata
di dalam azan atau iqamah itu lebih utama lagi dihukumkan tidak batal. Hadis
tersebut ialah daripada Jabir bin 'Abdullah katanya maksudnya :
"Telah datang seorang
lelaki, sedang Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam menyampaikan khutbah pada hari
jumaat, lalu Baginda bersabda: "Adakah engkau sudah sembahyang wahai
polan? Dia berkata: "Tidak." Baginda bersabda: "Bangkitlah dan
kerjakan dua rakaat sembahyang."
(Hadis riwayat al-Bukhari)
Mengenai dengan diam; jika
berlaku diam tersebut begitu lama sehingga tidak dinamakan lagi ianya sebagai
azan atau iqamah, maka yang demikian itu hendaklah diulang semula.
Adapun percakapan bukan
kerana adanya maslahah (kepentingan) ketika azan atau iqamah adalah makruh
hukumnya.
Jika orang yang azan atau
iqamah itu bersin, maka sunat dia bertahmid di dalam hatinya sahaja. Manakala
sunat dia melambatkan jawapan salam kepada orang yang memberi salam atau
tasymit (doa bagi orang yang mendengar orang lain bersin) selepas dia selesai
melaungkan azan atau iqamah. Adapun jika dijawabnya juga salam orang yang
memberi salam atau bertasymit atau berkata-kata selain itu, kerana adanya
maslahah ketika dia sedang azan atau iqamah, maka tidaklah makruh atas
perbuatannya itu, hanya meninggalkan yang sunat. Sebaliknya jika dia ternampak
orang buta yang ditakuti akan terjatuh ke dalam perigi umpamanya, adalah wajib
dia memberitahu orang buta tersebut.(Al-Majmu': 3/121, Mughni al-Muhtaj: 1/191
dan Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 1/470)
Disyaratkan juga agar
tidak begitu lama jarak masa antara iqamah dan sembahyang yang akan dikerjakan
melainkan jika jarak masa antara keduanya itu disebabkan oleh perkara-perkara
yang sunat seperti imam menyuruh makmumnya untuk membetulkan saf. (I'anah
ath-Thalibin: 1/377 dan Fath al-'Allam: 2/114)
3. Melaungkan dengan suara
yang nyaring. Azan dan iqamah untuk mendirikan sembahyang jemaah hendaklah
dilaungkan dengan suara yang nyaring, sekurang-kurangnya didengar dengan jelas
oleh seorang daripada jemaah tersebut. Ini kerana sembahyang jemaah itu sah
dilakukan dengan dua orang sahaja.
Adalah tidak sah jika azan
dan iqamah itu dilaungkan dengan suara perlahan sehingga tidak didengar oleh
seseorang pun daripada jemaah. Ini kerana telah hilang dasarnya sebagai
al-i'lam. Berlainan halnya dengan tarji', hendaklah diucapkan dengan suara
perlahan.
Manakala azan dan iqamah
bagi orang yang bersembahyang sendirian hendaklah melaungkannya dengan suara
perlahan, sekira-kira didengar olehnya sahaja. Ini kerana tujuan azan dan
iqamah itu baginya adalah sebagai zikir sahaja bukannya untuk al-i'lam.
(Al-Majmu': 3/120 dan Sabil al-Muhtadin: 1/171-172)
4. Masuk waktu sembahyang.
Azan dan iqamah itu hendaklah dilaungkan ketika sudah masuk waktu sembahyang
fardhu kecuali azan subuh sahaja boleh dilaungkan sebelum masuk waktunya.
Adapun waktu iqamah itu ialah ketika hendak menunaikan sembahyang tunai atau
qadha.
Menurut Imam as-Syafie
Rahimahullah jika sebahagian ungkapan azan - selain azan subuh - dilaungkan
sebelum masuk waktunya dan sebahagiannya pula sesudah masuk waktunya, maka
tidak sah azan tersebut dan hendaklah diulang semula.
Adapun azan subuh itu
sunat dilaungkan sebanyak dua kali, iaitu sebelum dan selepas terbit fajar.
Menurut pendapat yang ashah, waktu harus melaungkan azan sebelum waktu subuh
itu ialah selepas tengah malam.
Hikmat azan sebelum subuh
itu ialah untuk menyedarkan orang yang tidur, orang yang berjunub atau berhadas
untuk bersiap sedia lebih awal sebelum masuk waktu sembahyang demi mendapatkan
fadhilat awal waktu.
Sementara iqamah bagi
semua waktu - subuh atau lainnya - tidak sah dilaungkan sebelum masuk waktu dan
sebelum hendak menunaikan sembahyang. Jika dilaungkan iqamah sesudah masuk
waktu sembahyang, tetapi sebelum hendak menunaikan sembahyang adalah batal
iqamah tersebut jika lama jarak masa antara iqamah dan sembahyang itu.
(Al-Majmu': 3/95-97, Mughni al-Muhtaj: 1/194 dan I'anah ath-Thalibin: 1/378)
AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA (3/6)
Bismillah,
Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala
Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Syarat-Syarat Orang Yang
Azan Dan Iqamah
Disyaratkan ke atas orang
yang azan dan iqamah, seperti berikut:
1. Islam. Tidak sah azan dan iqamah oleh
orang kafir.
2. At-tamyiz. Tidak sah azan dan iqamah oleh
kanak-kanak yang belum mumaiyiz.
3. Lelaki. Tidak sah azan dilaungkan oleh
perempuan bagi jemaah lelaki. Bahkan haram jika perempuan meninggikan suaranya
di hadapan mereka (orang lelaki ajnabi). Demikian juga haram ke atas perempuan
melaungkan azan yang suaranya dapat
didengar oleh orang lelaki ajnabi itu, sekalipun di hadapan mahram atau kaum
sejenisnya.
Tidak makruh jika
perempuan itu azan bagi jemaah perempuan dengan suara yang rendah, bahkan
mendapat pahala yang demikian itu, kerana ianya dikira sebagai zikir, tetapi
bukan sebagai azan dengan maksud al-i'lam.
Adalah sunat bagi
perempuan menyerukan iqamah sahaja dengan suara yang rendah jika ia sembahyang
bersendirian. Sementara sunat dengan suara yang tinggi jika sembahyang itu
didirikan secara jemaah sesama perempuan sahaja. (Fath al-'Allam: 2/113, I'anah
ath-Thalibin: 1/374-375 dan al-Majmu': 3/108)
Sunat-Sunat Azan Dan
Iqamah
Sunat-sunat azan dan
iqamah itu seperti berikut:
1. Sunat bagi orang yang azan dan iqamah itu
berdiri, sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang
maksudnya:
"Wahai
Bilal! Berdirilah engkau dan serulah untuk sembahyang."
(Hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
Makruh bagi
orang yang mampu berdiri melaungkan azan dan iqamah dalam keadaan duduk atau
berbaring, namun azan dan iqamahnya itu sah, kerana maksudnya telah pun
tercapai iaitu sebagai pemberitahuan. (Al-Majmu': 3/117)
2. Berdiri di tempat yang tinggi seperti
menara masjid. Jika tidak ada menara, berdiri di atas suthuh masjid (bumbung
yang mendatar). Jika tidak ada juga, maka sunat berdiri di pintu masjid. Adapun
iqamah tidak disunatkan berdiri pada tempat yang tinggi, melainkan kerana
keperluan seperti masjid terlalu besar.
3. Menghadap ke qiblat. Kerana qiblat itu
adalah semulia-mulia arah. Makruh jika tidak menghadap ke qiblat.
4. Sunat ketika azan dan iqamah - tanpa
menggerakkan dada dan kaki - memalingkan muka ke sebelah kanan apabila
menyerukan , lalu kembali semula memalingkan muka ke arah qiblat. Kemudian
Sunat memalingkan muka ke sebelah kiri
apabila menyerukan dua
kali kalimah lalu kembali semula memalingkan muka ke
arah qiblat. Sebagaimana hadis daripada Abu Juhaifah Radhiallahu 'anhu katanya:
Maksudnya: "Aku
pernah datang mengadap Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam di Mekkah sewaktu
Baginda berada di dalam sebuah qubbah (khemah) merah diperbuat daripada kulit.
Lalu Bilal keluar dan menyerukan azan, sedang aku memerhati mulut Bilal yang
menghala ke sana dan ke sana (ke kanan dan ke kiri).
(Abu Juhaifah) berkata:
"Kemudian Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam keluar dengan pakaian
merah corak Yaman buatan Qatar."
Musa berkata:
"Berkata (Abu Juhaifah): "Aku telah melihat Bilal keluar ke Abthah
lalu menyerukan azan, sesudah sampai kepada: ( dan dia memalingkan lehernya ke kanan dan ke kiri
tanpa berpusing. Kemudian Bilal masuk (ke kediamannya) lalu dia mengeluarkan
tongkat."
(Hadis riwayat Abu Daud)
Terdapat tiga pendapat
bagi cara-cara yang disunatkan ketika memalingkan muka tersebut.
i. Pendapat pertama dan yang ashah adalah
cara yang disebutkan di atas.
ii. Pendapat yang kedua ialah dengan
memalingkan muka ke sebelah kanan apabila menyerukan kalimah pertama lalu kembali semula ke arah qiblat. Kemudian
memalingkan muka sekali lagi ke sebelah kanan pada kalimah kedua lalu kembali semula ke arah qiblat. Demikian
juga keadaannya pada kedua-dua kalimah
hanya perbezaannya dengan memalingkan muka ke sebelah kiri.
iii.
Pendapat ketiga ialah dengan memalingkan muka ke sebelah kanan sekali
bagi kalimah dan ke sebelah kiri sekali. Kemudian memalingkan muka ke sebelah kanan
sekali bagi kalimah dan ke sebelah kiri
sekali. (al-Majmu': 3/115)
Hukum sunat memalingkan
muka itu termasuklah juga pada azan khutbah jum'at, azan untuk sembahyang
seorang diri dan azan bagi menolak gangguan syaitan. Manakala azan bagi anak
yang baru lahir tidak dituntut untuk meninggikan suara dan memalingkan muka,
kerana tidak ada faedahnya. (I'anah ath-Thalibin: 1/380-381)
5. Sunat menutup dua
lubang telinga dengan dua jari telunjuk, kerana ianya boleh meninggikan lagi
suara. Sebagaimana di dalam hadis daripada Abu Juhaifah ketika Bilal melaungkan
azan di hadapan Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam katanya:
Maksudnya: "Aku
pernah melihat Bilal azan, dia memalingkan (muka ketika hai'alatan) diikuti
dengan mulutnya ke sana dan ke sana. Kedua jari telunjuknya di telinganya.
Ketika itu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam berada di qubbah yang
berwarna merah pada sangkaanku (Abu Juhaifah)."
(Hadis riwayat
at-Tirmidzi)
Jika salah satu tangannya
sakit, maka memadailah dengan sebelah tangan sahaja. Namun jika jari
telunjuknya sakit, maka gunakanlah jarinya yang lain. Adapun hukum sunat
menutup lubang telinga ini hanyalah pada azan sahaja dan tidak pada iqamah.
Demikian juga tidak disunatkan pada azan sembahyang seorang diri dengan suara
yang rendah. (Sabil al-Muhtadin: 1/173 dan I'anah ath-Thalibin: 1/379-380)
6. Sunat bagi orang yang melaungkan azan itu
merdeka (bukan hamba) dan baligh. Kanak-kanak mumaiyiz sah azan dan iqamahnya.
(Al-Majmu': 3/109) Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
Maksudnya:
"Hendaklah azan untuk kamu daripada orang yang terpilih di kalangan kamu
dan hendaklah yang mengimamkan kamu itu orang yang ahli dalam membaca
(al-Qur'an)."
(Hadis riwayat Abu Daud)
7. Sunat bagi orang yang azan dan iqamah itu
bersifat adil. Ini kerana memberi kepercayaan orang ramai terhadapnya apabila
dia memperkhabarkan masuknya waktu sembahyang. Makruh bagi orang yang fasik,
akan tetapi azan dan iqamahnya itu adalah sah. (Al-Majmu': 3/109)
8. Sunat bagi orang yang azan dan iqamah itu
suci (taharah) daripada hadas atau junub. Makruh jika dia melaungkan azan dalam
keadaannya berhadas atau berjunub, bahkan sangat makruh lagi jika dia
melaungkan iqamah dalam keadaan tersebut. Ini kerana iqamah itu lebih hampir
untuk mendirikan sembahyang. Walau bagaimanapun azan dan iqamah yang dilaungkannya
dalam keadaan berhadas atau berjunub itu adalah sah. Sabda Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam:
Maksudnya: "Tidaklah
azan melainkan orang yang berwudhu."
(Hadis riwayat
at-Tirmidzi)
9. Tartil pada azan dan idraj pada iqamah.
Sunat melaungkan azan itu dengan bacaan yang tartil (bacaan yang perlahan
dengan menyebut kalimah-kalimahnya dengan terang dan jelas). Ini bertujuan
supaya dapat menyampaikan kepada orang ramai hadir berjemaah. Manakala iqamah
pula, sunat dilaungkan dengan bacaan yang idraj (bacaan yang segera). Ini
kerana iqamah itu dilaungkan kepada jemaah yang sudah hadir untuk
bersembahyang. Bersabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam kepada Bilal:
Maksudnya: "Wahai
Bilal! Jika engkau azan, maka perlahan-lahan pada azanmu dan jika engkau
iqamah, maka percepatkan."
(Hadis riwayat
at-Tirmidzi)
Haram talhin
(berlagu-lagu) ketika azan dan iqamah jika lagu-lagu itu mengubah makna
kalimah-kalimahnya atau menimbulkan kewahaman yang ditegah. Seperti
contoh-contoh berikut:
i. Memanjangkan huruf "hamzah" pada
kalimah asyhadu maka menjadilah hamzah
itu sebagai istifham (tanda tanya).
ii. Memanjangkan huruf "ba" pada
kalimah akbar maka menjadilah ia sebagai
jama' kepada kabar yang bererti gendang yang satu muka.
iii. Mengwakafkan pada kalimah la ilaha yang bererti "tiada Tuhan" dan
memulakan bacaan pada kalimah illallah (??? ????) yang bererti "melainkan
Allah" maka perkara ini boleh membawa kepada kufur.
iv. Memanjangkan huruf "alif" pada
kalimah Allah kerana melebihi pada huruf mad dan lin daripada kadar yang dibaca
oleh orang Arab maka itu adalah salah.
v. Menukar huruf "alif" kepada
huruf "ha" pada kalimah Allah
vi. Memanjangkan huruf "hamzah" pada
kalimah akbar
vii. Tidak menyebut huruf "ha" pada
kalimah as-shalah maka menjadilah
maksudnya seruan menuju ke neraka. (Hawasyi Tuhfah al-Muhtaj: 1/473)
AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA (4/6)
Bismillah, Walhamdulillah
Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala
Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
10. Sunat bagi orang yang melaungkan azan itu
tinggi suaranya, sebagaimana hadis daripada 'Abdullah bin Zaid katanya:
Maksudnya: "Setelah
pagi esoknya, kami datang mengadap Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam
untuk mengkhabarkan tentang mimpi itu. Baginda bersabda: "Sesungguhnya
mimpimu itu adalah benar, berdirilah engkau bersama Bilal. Sesungguhnya suara
(Bilal) itu bagus dan tinggi daripada engkau, maka ajarkanlah padanya apa yang
telah dikatakan kepadamu (mimpi) dan (Bilal) pun menyerukan dengan itu (yang
diajarkan)."
(Hadis riwayat
at-Tirmidzi)
Demikian juga, sunat bagi
orang yang azan itu elok suaranya supaya dapat menambat hati pendengar dan
condong untuk menjawabnya. (Mughni al-Muhtaj: 1/193) Sebagaimana hadis daripada
Abu Mahzurah yang maksudnya :
"Sesungguhnya
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menyuruh kira-kira dua puluh orang
lelaki. Lalu mereka pun azan, maka Baginda takjub dengan suara Abu Mahzurah.
Lantas Baginda mengajarkannya azan."
(Hadis riwayat ad-Darimi)
11. Menjawab azan dan iqamah. Orang yang
mendengar azan dan iqamah sama ada azan bagi sembahyang atau yang lainnya
seperti azan di telinga kanak-kanak yang baru lahir dan orang yang musafir,
sunat menjawabnya sepertimana kalimah-kalimah atau ungkapan yang dilaungkan
oleh orang yang azan dan iqamah itu, melainkan pada kalimah haiya'alatan dan
dan tatswib
Jawapan bagi
setiap haiya'alatan itu adalah hawqalah
"Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan melainkan dengan
Allah".
Jawapan bagi tatswib
ketika azan subuh pula ialah
"Benarlah engkau dan jadilah engkau mempunyai kebajikan yang
banyak".
Sementara jawapan bagi
kalimah "Sesungguhnya telah
didirikan sembahyang" ialah
"Allah menetapkan dan mengekalkan sembahyang itu dan Allah
menjadikan aku daripada orang yang saleh lagi ahli sembahyang".
Ada juga pendapat yang
mengatakan bahawa tidak sunat dijawab azan itu melainkan azan bagi sembahyang
sahaja. (I'anah ath-Thalibin: 1/384)
Sunat menjawab azan dan
iqamah itu walaupun dalam keadaan berhadas, junub, haid atau nifas kerana ianya
adalah zikir, melainkan ketika dalam sembahyang fardhu atau sunat, bersetubuh
dan qadha hajat (buang air kecil atau besar), sunat dijawab kemudian jika tidak
lama jaraknya. Makruh menjawab bagi orang yang ada najis dimulutnya.
Jika seseorang itu
mendengar azan atau iqamah ketika dia sedang membaca al-Qur'an, berzikir,
menuntut ilmu atau berdoa sunat dia berhenti sekejap untuk menjawab azan dan
iqamah tersebut. (I'anah ath-Thalibin: 1/386-387 dan al-Majmu': 3/124-125)
Jika terdengar sebahagian
azan, sama ada pada bahagian yang awal ataupun yang akhir adalah sunat dijawab
kedua-dua bahagian itu, walaupun dia tidak mendengar sebahagian azan yang awal
itu. Adapun jika dia terdengar azan yang dilaungkan oleh beberapa orang seperti
dia terdengar azan di kampungnya dan azan di kampung yang lain, maka sunat dia
menjawab kedua-duanya. Berlainan halnya jika azan itu dikumandangkan dengan
serentak, maka memadailah dengan sekali jawab. (I'anah ath-Thalibin: 1/386)
12. Sunat ke atas orang yang azan dan iqamah
serta orang-orang yang mendengarnya bershalawat dan mengucapkan salam ke atas
Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam sesudah selesai daripada azan dan
iqamah tersebut, jika jarak masa antara azan dan iqamah adalah lama, akan
tetapi jika tidak lama masa selang azan dan iqamah itu, memadailah dengan
bershalawat dan salam sekali sahaja selepas iqamah. Sabda Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam yang maksudnya :
"Apabila kamu
mendengar orang yang azan, maka kamu ucapkan sepertimana orang yang azan itu
ucapkan. Kemudian berselawatlah ke atasku, kerana barangsiapa berselawat ke atasku
satu selawat nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh selawat. Kemudian
berdoalah kepada Allah bagiku "wasilah", kerana "wasilah"
itu suatu tempat di syurga yang tidak layak bagi seseorang melainkan bagi
seorang hamba daripada hamba-hamba Allah. Aku berharap, akulah hamba itu.
Barangsiapa memohon "wasilah" untukku, wajib baginya syafaat."
(Hadis riwayat Muslim, Abu
Daud, at-Tirmidzi dan Ahmad)
Menurut Imam an-Nawawi
disunatkan bershalawat ke atas Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam sebelum
iqamah. Adapun menurut Syiekh al-Kabir al-Bakri, disunatkan bershalawat itu
sebelum azan dan iqamah.
Selepas selesai azan dan
iqamah, sunat ke atas orang yang azan dan iqamah serta orang yang mendengarnya
itu memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala doa al-wasilah dengan menadah
kedua tangan, kerana sesiapa yang memohon doa al-wasilah itu akan beroleh
syafa'at Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, iaitu:
Ertinya: "Ya Allah,
Tuhan kepada seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang didirikan, anugerahkan
olehMu ke atas Nabi Muhammad wasilah (suatu tempat di dalam syurga) dan
kelebihan dan bangkitkan olehMu akan Baginda di tempat yang terpuji yang telah
Engkau janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji."
Kemudian disunatkan berdoa
di antara azan dan iqamah, seperti memohon selamat daripada musibah dan
penyakit. Inilah di antara saat-saat mustajab di mana doa diperkenankan oleh
Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
Maksudnya: "Tidak
ditolak doa antara azan dan iqamah."
(Hadis riwayat Abu Daud
dan at-Tirmidzi)
Sabda Baginda lagi
maksudnya :
"Doa tidak ditolak
antara azan dan iqamah. Mereka berkata: "Apakah yang kami katakan wahai
Rasulullah?" Baginda bersabda: "Kamu mohon kepada Allah 'afiah
(keselamatan) di dunia dan akhirat."
(Hadis riwayat
at-Tirmidzi)
Adapun selepas azan
maghrib disunatkan berdoa sepertimana yang diajarkan oleh Nabi Shallallahu
'alaihi wasallam kepada Ummu Salamah:
Maksudnya: "Ya Allah,
inilah saat menghadapi malam (ciptaanMu), akhir siang (ciptaanMu) dan
suara-suara para pemanggil (namaMu), maka ampunilah daku."
(Hadis riwayat Abu Daud)
Sesudah azan subuh pula
disunatkan berdoa seperti berikut:
Ertinya: "Ya Allah,
inilah saat menghadapi siang (ciptaanMu), akhir malam (ciptaanMu) dan
suara-suara para pemanggil (namaMu), maka ampunilah daku."
Dikhususkan kedua-dua doa
tersebut dibaca ketika selepas azan maghrib dan subuh, kerana maghrib itu
merupakan penyudah bagi amalan di siang hari, manakala subuh pula penyudah bagi
amalan waktu malam dan permulaan bagi amalan di siang hari. (I'anah
ath-Thalibin: 1/387-389)
Menurut ar-Ruyani sunat
membaca ayat al-Kursiy di antara azan dan iqamah.
13. Sunat duduk dan diam
seketika atau sebagainya di antara azan dan iqamah bagi menunggu jemaah
berkumpul, melainkan pada
sembahyang maghrib kerana kesuntukan masanya. (Al-Majmu': 3/127)
14. Sunat berpindah daripada tempat melaungkan
azan ke tempat lain ketika menyerukan iqamah. Sebagaimana 'Abdullah bin Zaid
diajarkan oleh seseorang di dalam mimpinya yang maksudnya:
"Kemudian dia
berundur daripadaku ke belakang sedikit."
(Hadis riwayat Abu Daud)
Disunatkan orang yang
menyerukan iqamah itu terdiri daripada orang yang sama yang melaungkan azan.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis daripada Ziyad bin al-Haris ash-Shudaiy
katanya maksudnya :
"Aku bersama
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam di dalam pelayaran. Baginda menyuruhku
(azan), maka aku pun azan. Lalu Bilal ingin menyerukan iqamah, lalu Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam besabda: "Sesungguhnya saudara (Ziad bin
al-Haris) ash-Shudaiy telahpun azan, dan barangsiapa yang azan maka dialah yang
iqamah."
(Hadis riwayat
at-Tirmidzi, Abu Daud dan Ibnu Majah)
AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA (5/6)
Bismillah,
Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala
Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Kelebihan Azan Dan Iqamah
Melakukan azan dan iqamah
adalah lebih afdhal daripada menjadi imam. Ini kerana azan dan iqamah itu
adalah tanda atau alamat waktu sembahyang dan ianya juga lebih banyak manfaat
daripada menjadi imam. Muazzin (tukang azan) itu juga merupakan pemegang amanah
(amin). Manakala menjadi imam itu adalah penjamin (dhamin). Oleh yang demikian,
amin itu lebih baik daripada dhamin. (I'anah ath-Thalibin: 1/383) Sabda
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
Maksudnya: "Imam-imam
itu dhumana (menjamin sembahyang makmumnya) dan orang-orang yang azan itu umana
(amanah atas waktu sembahyang) maka Allah memberi petunjuk kepada imam-imam dan
mengampunkan orang-orang yang azan."
(Hadis riwayat Ibnu
Hibban)
Ada juga pendapat lain
yang mengatakan bahawa menjadi imam itu lebih afdhal daripada azan dan iqamah.
Kerana dikhususkan bagi orang yang menjadi imam itu terdiri daripada orang yang
berilmu tinggi. Demikian juga mendirikan sembahyang itu lebih afdhal daripada
menyerukannya. (I'anah ath-Thalibin: 1/384) Sebagaimana sabda Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam maksudnya :
"Maka azanlah untuk
kamu oleh salah seorang di kalangan kamu, kemudian hendaklah yang mengimamkan
kamu itu orang yang akhbar (berilmu) di kalangan kamu."
(Hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
Walau bagaimanapun menurut
Ibnu Hajar dan Imam an-Nawawi, bahawa azan berserta iqamah itu lebih afdhal
daripada menjadi imam. (I'anah ath-Thalibin: 1/384)
Selain itu, banyak lagi
disebutkan di dalam hadis mengenai kelebihan-kelebihan azan dan iqamah dan
orang yang melaungkannya. Antaranya ialah:
i. Sehingga Orang Sanggup Berundi Untuk
Medapatkannya
Hadis daripada Abu
Hurairah katanya:
Maksudnya: "Bahawa
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Seandainya manusia
mengetahui tentang apa (kelebihan) dalam azan dan saf pertama, kemudian mereka
tidak akan mendapatkannya melainkan dengan mereka berundi, nescaya mereka akan
berundi. Seandainya mereka mengetahui apa (kelebihan) pada at-tahjir
(sembahyang zohor di awal waktu) nescaya mereka akan berlomba-lomba
mendapatkannya. Seandainya mereka mengetahui apa (kelebihan) pada al-'atamah
(sembahyang isya') dan subuh nescaya mereka mendatanginya walaupun dengan
merangkak-rangkak."
(Hadis riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
ii. Dipohonkan Ampun Dan Mendapat Pahala
Sepertimana Pahala Orang Yang Bersembahyang Dengannya
Hadis daripada al-Bara'
bin 'Azib katanya:
Maksudnya:
"Bahawasanya Nabi Allah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya mengucapkan selawat kepada
(makmum-makmum) di baris hadapan. Sementara orang yang azan akan dipohonkan
ampun baginya sejauh suaranya dan akan dipersaksikan dia oleh sesiapa yang mendengarnya daripada
tumbuhan yang hidup dan kering dan baginya pahala seperti pahala sesiapa yang
bersembahyang bersamanya."
(Hadis riwayat Ahmad dan
an-Nasa'ie)
iii. Mengusir Syaitan
Hadis daripada Abu
Hurairah katanya:
Maksudnya:
"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Apabila dilaungkan azan untuk sembahyang, syaitan akan menjauhkan dirinya
sambil terkentut-kentut (kerana lari sekuat-kuatnya) sehinggalah tidak
terdengar lagi azan. Jika selesai azan itu, syaitan akan kembali lagi
sehinggalah iqamah untuk sembahyang diserukan dia akan menjauhkan diri.
Sehinggalah selesai iqamah itu baharulah dia kembali lagi sehingga dia
melintasi antara seseorang itu dengan dirinya (mengwas-waskan). Dia akan
berkata: "Ingatlah begini-begini, ingatlah begini-begini terhadap sesuatu
yang tidak sewajarnya diingati, sehinggalah lelaki itu tidak mengetahui berapa
rakaat dia bersembahyang."
(Hadis riwayat al-Bukhari,
Muslim, Abu Daud dan an-Nasa'ie)
iv. Mendapat Pahala
Yang Banyak
Sebagaimana di dalam hadis
daripada Mu'awiyah katanya:
Maksudnya: "Aku
pernah mendengar Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Muazzin-muazzin itu ialah orang yang paling panjang lehernya di hari
qiamat."
(Hadis riwayat Muslim)
Adapun yang dimaksudkan
dengan orang yang paling panjang lehernya di hari qiamat itu ialah disebabkan
dia melihat pahalanya yang banyak.
Menurut an-Nadhr bin
Syumail, adapun kelebihannya ketika berada di padang mahsyar melepaskannya
daripada kesusahan dan kesesakan disebabkan ramainya orang pada hari
perhitungan itu.
Menurut pendapat yang
lain, bahawa orang itu banyak pengikutnya. Kata Ibnu al-A'arabiy, maksudnya
ialah orang yang banyak amalannya. Sementara menurut al-Qadhi 'Iyadh dan yang
lainnya ialah bermaksud orang yang cepat masuk ke dalam syurga. Dikatakan juga
ianya bermaksud sebagai ketua. (Syarah Shahih Muslim: 2/77)
v. Balasan Syurga
Sabda Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam:
Maksudnya:
"Barangsiapa azan selama dua belas tahun wajiblah baginya syurga dan
ditulis untuknya dengan azannya itu pada setiap hari enam puluh kebajikan dan
pada setiap iqamah pula tiga puluh kebajikan."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
vi. Jin Dan Manusia Serta Selainnya Menjadi Saksi
Di Hari Qiamat
Sebagaimana hadis daripada
'Abdullah bin 'Abdurrahman katanya:
Maksudnya:
"Sesungguhnya Abu Sa'id al-Khudriy Radhiallahu 'anhu berkata kepadanya
('Abdullah bin 'Abdurrahman): "Sesungguhnya aku melihat engkau menyukai
kambing dan sahara. Jika engkau berada di lingkungan kambing atau saharamu lalu
engkau azan untuk sembahyang, maka tinggikanlah suaramu ketika melaungkannya.
Kerana tidak didengar suara orang yang azan oleh jin dan manusia serta
lain-lainnya melainkan menjadi saksi baginya di hari qiamat. Berkata Abu Sa'id:
"Aku mendengarnya daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam."
(Hadis riwayat al-Bukhari
dan an-Nasa'ie)
vii. Pintu Langit Dibuka Dan Saat Doa Mustajab
Sabda Rasulullah
Shallallahu 'alaihi wasallam:
Maksudnya: "Jika
dilaungkan iqamah untuk sembahyang, maka dibukakan pintu-pintu langit dan
dimakbulkan doa."
(Hadis riwayat Ahmad)
Sabda Baginda lagi:
Maksudnya: "Bersabda
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam: "Ada dua waktu tidak ditolak doa
orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah sembahyang dan dalam barisan jihad pada
jalan Allah."
(Hadis riwayat Ibnu Hibban
AZAN DAN IQAMAH : HUKUM DAN KELEBIHANNYA (6/6)
Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah
Azan Sekali Dalam
Sembahyang Berturut
Sebagaimana yang telah
dijelaskan bahawa azan dan iqamah itu sunat dilaungkan ketika hendak menunaikan
sembahyang fardhu lima waktu, sama ada secara berjemaah ataupun bersendirian.
Adapun yang dimaksudkan
dengan sembahyang berturut itu ialah, sembahyang fardhu yang dilakukan
berturut-turut seperti mendirikan sembahyang qadha yang banyak, sembahyang
jama',sembahyang qadha berserta sembahyang tunai yang telah pun masuk waktunya.
Dalam hal sembahyang
berturut-turut ini, disunatkan azan sekali sahaja pada permulaan sembahyang,
itu pun jika tidak lama jarak masa antara satu sembahyang dengan sembahyang
yang lain. Jika lama jarak masa antara satu sembahyang dengan sembahyang yang
lain dalam makna tidak berturut-turut, maka disunatkanlah azan pada setiap kali
sembahyang itu. Sementara iqamah pula disunatkan juga pada setiap kali
mendirikan sembahyang berturut-turut itu.
Jika didirikan sembahyang
qadha berserta sembahyang tunai secara berturut-turut, sedangkan dia melaungkan
azan sesudah masuk waktu sembahyang tunai, maka memadailah azan yang
dilaungkannya di permulaan sembahyang itu, sama ada dia memulakan sembahyang
tunai, kemudian baharulah sembahyang qadha ataupun sebaliknya. Akan tetapi jika
dilaungkannya azan itu sebelum masuk waktu sembahyang tunai, maka sunat baginya
azan sekali lagi untuk sembahyang tunai tersebut. (I'anah ath-Thalibin: 1/374)
Dalil bagi disyariatkan
azan pada permulaan sembahyang berturut dan iqamah pada setiap sembahyang yang
didirikan ialah hadis daripada 'Abdullah
bin Mas'ud katanya:
????? ??????????????
???????? ?????????? ?????? ????? ???????? ????????? ???? ???????? ?????????
?????? ??????????? ???????? ??????? ????????? ????? ??????? ???????? ??????????
????? ??????? ???????? ?????????? ????? ??????? ???????? ???????????? ?????
??????? ???????? ??????????
(???? ??????? ????????)
Maksudnya:
"Sesungguhnya orang-orang Musyrik telah melalaikan Nabi Shallallahu
'alaihi wasallam daripada mendirikan empat sembahyang fardhu di hari peperangan
khandaq. Maka Baginda memerintahkan Bilal untuk azan, lalu dia pun azan. Kemudian
iqamah lalu mendirikan sembahyang zohor, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan
sembahyang 'asar, kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang maghrib,
kemudian iqamah lagi lalu mendirikan sembahyang 'isya' ."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi
dan an-Nasa`ie)
Hadis daripada Jabir bin
'Abdullah katanya:
?????? ??????? ?????
?????? ????? ???????? ????????? ?????? ???????? ????? ??????????????? ????????
????? ??????????? ???????????? ????????? ??????????????? ?????? ???????
??????????? ???????
(???? ???????)
Maksudnya:
"Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah memulakan perjalanannya
sehingga sampai ke Muzdalifah. Maka di tempat itu, Baginda menjama' sembahyang
maghrib dan 'isya' dengan sekali azan dan dua kali iqamah, dan Baginda tidak mendirikan
sembahyang apapun antara keduanya."
(Hadis riwayat an-Nasa'ie)
Azan Atau Iqamah Pada
Sembahyang Dikesempitan Waktu
Pada setiap kali
sembahyang fardhu yang hendak didirikan sunat dilaungkan azan dan iqamah
sebelum mendirikan sembahyang tersebut. Akan tetapi apabila seseorang ingin
membataskan antara iqamah atau azan sama ada disebabkan kesempitan waktu atau
sebagainya, adalah lebih afdhal dia melakukan azan daripada iqamah. (I'anah
ath-Thalibin: 1/ 372)
Sembahyang Yang Tidak
Disunatkan Azan Dan Iqamah
Sembahyang jemaah yang
tidak disunatkan azan dan iqamah, seperti sembahyang hari raya, tarawikh, witir
pada bulan Ramadhan sahaja, gerhana bulan atau gerhana matahari dan sembahyang
meminta hujan, sunat diseru dengan bacaan:
"Marilah sembahyang
jemaah",
"Marilah sembahyang,
marilah sembahyang",
"Marilah
sembahyang",
"Marilah sembahyang,
semoga kamu dirahmati Allah" ataupun
"Hadirlah kamu kepada
sembahyang".
Menurut Ibnu Hajar, makruh
jika seruan itu disebut:
"Marilah mendirikan
sembahyang". (I'anah ath-Thalibin: 1/375-376)
Jika sembahyang sunat yang
disunatkan berjemaah itu tidak dikerjakan secara berjemaah, maka tidak
disunatkan menyeru dengan seruan yang sedemikian. Ini termasuklah juga
sembahyang sunat yang memang tidak disunatkan berjemaah. (Fath al-'Allam:
2/126)
Tiada Seruan Bagi
Sembahyang Jenazah
Menurut Ibnu Hajar, bahawa
sembahyang jenazah itu tidak disunatkan padanya seruan untuk memanggil jemaah,
kerana pada kebiasaannya orang telah pun hadir.
Dalam hal ini dapatlah
difahamkan daripada ungkapan "pada kebiasaannya orang telah pun
hadir", jika tidak ada seorang pun bersamanya untuk mengerjakan sembahyang
jenazah ataupun berkehendak untuk meramaikan lagi jemaah daripada itu, maka
sunatlah seruan tersebut dilakukan bagi kemashlahatan si mati.
Ada juga pendapat yang
lain, bahawa seruan itu sunat dilakukan juga walaupun telah ramai jemaah yang
hadir, tetapi mereka tidak mengetahui bila waktu imam hendak mengerjakan
sembahyang jenazah.
Sementara ada pendapat
yang lain bahawa sembahyang jenazah itu tidak disunatkan padanya seruan
melainkan ada hajat. Maka serulah seperti:
"Marilah sembahyang
ke atas mayat yang hadir daripada orang-orang mati yang Islam." (Hawasyi
Tuhfah al-Muhtaj:1/462)
Azan Dan Iqamah Selain
Untuk Sembahyang Fardhu
Selain untuk menunaikan
sembahyang fardhu, azan itu juga disunatkan pada waktu-waktu tertentu seperti:
i. Azan Untuk Orang Marah, Buruk Perangai
Dan Resah Gelisah
Sunat mengazankan ke
telinga orang yang sedang marah, orang yang buruk sifatnya sama ada daripada
manusia atau binatang dan orang yang resah, kerana azan itu boleh menghilangkan
keresahan itu. Apabila tidak hilang juga keresahan tersebut, maka ulangilah ia
berkali-kali.
ii. Azan Untuk Orang Yang
"Kerasukan"
Menurut as-Syanwani,
daripada apa yang telah dicuba bagi membakar jin adalah dengan mengazankan di
telinga orang kerasukan sebanyak tujuh kali, dibaca surah al-Fatihah tujuh
kali, surah al-Falaq, surah an-Nas, ayat al-Kursiy, surah ath-Thariq, di akhir
surah al-Hasyr bermula daripada ayat 21 sehingga 24 dan dibaca surah ash-Shafat
bermula daripada ayat 177 sehingga 186. Menurutnya lagi, jika dibaca ayat al-Kursiy
sebanyak tujuh kali di atas air kemudian dipercikan ke muka orang yang diganggu
jin, maka ianya boleh menyembuhkannya.
iii. Azan Apabila Kebakaran Dan Taghawwul
al-ghilan
Disunatkan juga azan
ketika menghadapi kebakaran dan ketika taqhawwul al-qhilan (menyerupai jin dan
syaitan dengan bermacam-macam rupa).
iv. Azan Dan Iqamah Untuk Kanak-Kanak Baru
Lahir
Sunat juga melaungkan azan
dan iqamah ke atas anak damit yang baru lahir, iaitu azan di telinga kanan dan
iqamah di telinga kirinya, kerana dengan azan dan iqamah itu, anak damit itu
tidak akan diganggu oleh ummu ash-shibyan (daripada jin).
v. Azan Dan Iqamah Untuk Orang Yang
Hendak Musafir
Demikian juga disunatkan
azan dan iqamah ketika orang yang hendak musafir. Akan tetapi jika musafir
maksiat, maka tidak disunatkan azan dan iqamah.
Tidak disunatkan azan
ketika menurunkan mayat ke kubur. Menurut Ibnu Hajar, jika bertepatan waktu
menurunkan mayat ke kubur dengan waktu azan sembahyang dikumandangkan, nescaya
akan ringanlah soalan kubur ke atas mayat tersebut. (I'anah ath-Thalibin:
1/370)
Mendahulukan Doa Wudhu
Dari Doa Azan
Menurut fatwa al-Balqini,
sesiapa yang selesai berwudhu sedangkan azan yang dilaungkan itu pun selesai
serentak, maka hendaklah dia membaca terlebih dahulu doa wudhu kerana ianya
suatu ibadat. Kemudian baharulah membaca doa azan. Menurutnya lagi, adalah
lebih baik dibaca terlebih dahulu dua syahadah wudhu, iaitu:
Ertinya: "Saya
mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, TunggalNya dan tidak
ada yang menyekutuiNya dan saya mengaku bahawa Nabi Muhammad itu adalah hamba
dan RasulNya."
Kemudian diikuti dengan
doa azan kerana di dalam doa azan itu terkandung doa ke atas Nabi Muhammad
Shallallahu 'alaihi wasallam iaitu "al-wasilah". Selepas itu,
baharulah dibaca doa bagi diri sendiri iaitu doa yang terkandung di dalam doa
selepas wudhu:
Ertinya: "Ya Allah,
jadikanlah aku daripada kalangan orang-orang yang bertaubat, dan jadikanlah aku
daripada kalangan orang-orang yang suci dan jadikanlah aku daripada kalangan
hamba-hambaMu yang saleh." (I'anah ath-Thalibin: 1/389)
Kesimpulan
Azan itu syiar umat Islam
dilaungkan untuk mengingati sembahyang sekaligus menunaikan secara berjemaah
tanda umat Islam bersatu padu. Untuk sembahyang bersendirian ia merupakan
sebagai zikir.
Di samping banyaknya
ganjaran dan fadhilat dalam azan dan iqamah itu, azan berfungsi juga untuk
mengubati orang yang "kerasukan", resah gelisah, menghindarkan
daripada kejahatan jin, meredakan orang marah, dan mengelokkan buruk perangai,
hatta berguna untuk orang hendak belayar. Azan dan iqamah ke atas anak damit
yang baru lahir sudah pun dimaklumi oleh umum.
wallohu a'lam
bish-shawab,-

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
0 komentar:
Posting Komentar